"Angkatan Nyamuk (Mosquito)" Perang Seminole Kedua

Pada awal tahun perperangan, Lt. Tentera laut Levin Powell memimpin pasukan gabungan Tentera laut dan Tentera yang terdiri daripada 200 orang yang beroperasi sepanjang persisiran pantai. Pada akhir tahun 1839 Lt. Tentera laut John T. McLaughlin diberikan pemerintahan pasukan afimbia gabungan Tentera laut-Tentera bagi beroperasi di Florida. Ini termasuk schoner luar pantai dan baj berhampiran tanah besar bagi memintas pedagang Cuba dan Bahama yang membawa senjata dan bekalan lain ke puak Seminole, dan bot lebih kecil, sehingga kanoe, bagi meronda sungai dan memasuki Everglades. McLaughlin menubuhkan pangkalannya di Tea Table Key di utara Florida Keys.[57]

Satu usaha menyeberangi Everglades dari barat ke timur dilancarkan pada April 1840, tetapi pasukan kelasi dan marin telah di serang oleh puak Seminole pada titik pertemuan di Tanjung Sable. Sungguhpun tidak terdapat sebarang kematian yang diketahui (pihak Seminole membawa mayat dan mereka yang tercedera), ramai anggota tentera laut jatuh sakit dan ekspedisi itu terpaksa dibatalkan dan mereka yang sakit di bawa ke Pensacola. Selama beberapa bulan ahli-ahli pasukan Lt. McLaughlin menjelajah muara dan sungai di selatan Florida.[58] McLaughlin ada memimpin satu pasukan menyeberangi Everglades kemudiannya. Mengembara dari Disember 1840 sehingga pertengahan Januari 1841, pasukan McLaughlin menyeberangi Everglades dari timur ke barat dalam kanoe dikorek, kumpulan kulit putih pertama menamatkan penyeberangan.[59]

Rujukan

WikiPedia: Perang Seminole Kedua http://www.palmbeachpost.com/news/content/local_ne... http://digitalcollections.fiu.edu/tequesta/files/1... http://www.history.army.mil/books/AMH/AMH-07.htm http://www.history.army.mil/books/AMH/amh-toc.htm http://www.history.navy.mil/wars/foabroad.htm http://web.archive.org/web/20070206182835/http://w... http://www.archive.org/details/soldiersofflorid00f... http://voneresearch.org/?pageID=maritime_history/c... http://replay.waybackmachine.org/20070624185615/ht... http://replay.waybackmachine.org/20070926204424/ht...